Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan rombongan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar adalah hasil jemputan rasmi daripada kerajaan Qatar dan lawatan tersebut memberi impak yang positif.

Menurutnya, walaupun lawatan tersebut menerima kritikan yang hebat daripada 'bloggers' dan 'Facebookers' namun lawatan tersebut telah memberi hasil yang baik ke atas negara.

"Rakyat Malaysia perlu berbangga dengan lawatan tersebut, kerana lawatan tersebut adalah jemputan khas daripada kerajaan Qatar. Datin Seri Rosmah pergi atas tanggungjawab dan bukannya atas dasar suka-suka.

"Lagi pun lawatan tersebut dilakukan selepas dimohon daripada Kabinet," katanya.

Sehubungan dengan itu, Shahidan menyeru kepada mana-mana bloggers yang membuat cerita tidak elok mengenai isteri perdana menteri ini supaya membetulkan tulisan mereka.

"Semalam saya solat sunat, jadi saya menyeru kepada mana-mana 'bloggers' yang memanipulasi tulisan tersebut sepaya memberhentikan perkara tersebut, saya menyeru supaya mereka cepat bertaubat, kerana azab ALLAH lebih dahsyat," katanya.

0 comments:

Post a Comment