Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment

SERBIA – Gara-gara bergambar seksi dalam iklan di sebuah tabloid, seorang penasihat kepada Menteri Luar Serbia, Vanja Hadzonic, 27, kini disiasat.

Gambar yang disiarkan dalam akhbar Blic itu telah menyebabkan kekecohan di Kementerian Dalam Negeri itu.

Selain disifatkan sebagai tidak sesuai dengan imej seorang pegawai kerajaan, apatah lagi sering berurusan dengan negara luar, Kementerian Luar juga dilaporkan malu dengan aksi berkenaan.

Vanja yang mempunyai ijazah dalam pengurusan media itu merancang untuk menjadi diplomat.

Dia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai gambar terbabit yang kini sudah tersebar di internet.

Dalam pada itu, ketuanya yang juga Setiausaha Kementerian Luar Serbia, Ivan Mrkic berkata, wanita itu kini disiasat dan dia juga telah menutup profilnya dalam media sosial.

“Untuk muncul dalam mana-mana media sosial adalah hak masing-masing. Namun sebagai kakitangan kerajaan, setiap pekerja perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan,’’ katanya.

Vanja pernah menjadi Naib Presiden  bagi sayap belia Parti Sosialis, iaitu parti yang pernah diterajui oleh penjenayah perang, Slobodan Milosevic.

0 comments:

Post a Comment