Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KETUA Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera, membatalkan saman itu tanpa kos dalam kamar diwakili peguam Ranjit Singh dan Gopal Sreevanavasen mewakili defendan serta Datuk Ahmad Redza Abdullah bagi pihak Shahrizat.

Kedua-dua pihak defendan dan plaintif dilaporkan bersama-sama bersetuju bagi saman itu ditarik balik.
Pada 19 Januari tahun lepas, Shahrizat memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Menurut laporan Bernama, beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) atau syarikat-syarikat bersekutu.

Ketua Wanita Umno itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk “serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif” dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.

0 comments:

Post a Comment