Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 17, 2013

No Comment

SATU status di Facebook oleh ibu kepada seorang pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Pujut, Miri meluahkan isi hatinya terhadap layanan yang diberikan pentadbiran sekolah itu kepada anaknya.

Status itu yang dikaburkan nama pemiliknya mengatakan seorang pelajar sekolah itu yang bernama Dayana dan murid Islam lain di sekolah itu ditempatkan ke dalam satu kelas sahaja.

Kesemua mereka ditempatkan di dalam satu kelas sahaja tanpa mengambil kira tahap pencapaian akademik mereka sementara murid bukan Islam ditempatkan ke dalam kelas mengikut tahap pencapaian akademik.

Menurut pihak pentadbiran sekolah berkenaan, langkah itu adalah bagi memudahkan pihak sekolah menjadualkan subjek pendidikan Islam untuk pelajar Muslim.

Langkah pengasingan itu juga dikatakan tidak pernah diamalkan di SJKC lain dan menurut keluarga pelajar itu, SJKC lain tidak menghadapi masalah mencampuradukkan pelajar Islam dan bukan Islam di sekolah mereka.

Guru besar SJKC Chung Hua dikatakan enggan berganjak daripada keputusannya mengasingkan semua pelajar Islam, menurut ibu pelajar itu.

Wanita itu kini akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan Kementerian Pendidikan dan ia harap akan disiasat serta diambil tindakan jika langkah pengasingan itu melanggar peraturan kementerian.

0 comments:

Post a Comment