Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – 31 orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun diarahkan menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam.

“31 pengikut Tuhan Harun yang diarahkan hadir ke pejabat agama tersebut eloklah menyerah diri sebelum kami mula mengesan mereka,” katanya ketika ditemui di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum sebarang tangkapan dibuat.

Malah katanya, kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan agama kerana mangsa merupakan seorang yang aktif dalam membanteras isu ajaran sesat.

Dalam kejadian semalam, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Mohd Raffli Ab Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih sejurus selepas mangsa ditembak.

0 comments:

Post a Comment