Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 19, 2013

No Comment
Azman

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu melaksanakan hukum hudud sepenuhnya jika tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Pusat.

Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun mengakui kesungguhan Pas Kelantan dalam pelaksanaan hukuman syariah itu, namun pelaksanaannya mungkin dapat dilakukan sebahagian sahaja.

Ini sebab katanya, Pusat masih tidak memberi sebarang reaksi untuk memberi kerjasama dengan Pas dalam merealisasikan hudud di Kelantan sedangkan sesetengah undang-undang itu berada di bawah bidang kuasa Pusat.

“Kuasa pelaksanaan banyak terletak di Pusat dan sehingga kini Pusat tidak memberi sebarang tanda sama ada untuk membenarkan atau turut serta terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas laporan Sinar Harian 17 November lalu mengenai Kerajaan Kelantan yang sedang menunggu maklum balas beberapa pihak termasuk pakar perlembagaan sebelum melaksanakan hukuman itu di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya serius merealisasikan hukuman itu termasuk memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014 bagi membeli dan menyiapkan prasarana berkaitan pelaksanaan hukuman itu.

Merujuk keadaan di Brunei yang hampir kepada pelaksanaan hukum hudud apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan penguatkuasaan hukum hudud di negara itu, Azman berkata, pelaksanaan tersebut sudah tentu mudah dilaksanakan kerana kebenaran itu melalui Sultan Brunei yang merupakan ketua negara tersebut.

Berbeza dengan Kelantan katanya, sekalipun Sultan Muhammad V bertitah sedemikian, masih wujud keterbatasan terhadap pelaksanaan hukuman syariah di negeri Kelantan.

Selain terdapat tentangan sebagaimana berlaku ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya, ia juga terbatas akibat pembahagian bidang kuasa antara negeri dan Pusat.

“Masih ada sekatan di pihak Kerajaan Persekutuan. Sebahagian enakmen yang berada di bidang kuasa negeri sudah tentu boleh dilaksanakan jenayah syariah tetapi yang termasuk dalam peruntukkan bidang kuasa Kerajaan Pusat sudah tentu perkara itu tidak dapat dilakukan sepenuhnya walaupun Kerajaan Kelantan ada peruntukkan lebih sehingga RM1 juta,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi sepatutnya sudah lama melaksanakan undang-undang Islam.

“Walaupun Brunei merdeka pada tahun 1984 tetapi Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka, namun negara dilihat belum bersedia ke arah itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment