Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 13, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menetapkan setiap parti dalam pakatan pembangkang perlu memenangi sekurang-kurangnya 45 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau mendakwa, pada waktu ini Barisan Nasional (BN) mempunyai sebanyak 82 kerusi `selamat’ berbanding pakatan pembangkang yang cuma mempunyai 60 kerusi `selamat’.

“Berdasarkan keputusan PRU13, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS masing-masing perlu menyasarkan memenangi 45 kerusi Parlimen pada PRU14 untuk menawan Putrajaya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang berkata, pada waktu ini DAP mempunyai seramai 38 Ahli Parlimen, PKR (30) dan PAS (21) yang bermakna DAP cuma perlu memenangi tujuh lagi kerusi Parlimen untuk mencapai sasaran tersebut, manakala PKR dan PAS masing-masing perlu memenangi 15 dan 24 lagi kerusi Parlimen.

Jelasnya, pengiraan itu juga menunjukkan parti PAS perlu melakukan memenangi empat kali ganda kerusi Parlimen pada PRU14 berbanding yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum yang berlangsung Mei lalu.

Beliau mendakwa, sasaran itu tidak sukar dikecapi dengan mengambil kira PAS pernah memenangi 27 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum pada tahun 1999 semasa Barisan Alternatif mula-mula diperkenalkan.

“Perang PRU14 sebenarnya telah pun bermula melihat kepada gerakan yang diilakukan oleh `cyberwar’ menerusi media sosial,” dakwanya lagi.

0 comments:

Post a Comment