Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 3, 2013

No Comment

YAN - Undi pengundi Cina akan beralih semula kepada BN? Itulah yang menjadi perbincangan ramai orang di sini setelah berlaku tsunami undi Cina kepada BN dalam PRU13.

Berdasarkan sambutan kepada program anjuran BN di kawasan pengundi Cina beberapa hari lalu menunjukkan mereka sudah bersama BN walaupun petunjuk yang sama juga dapat dilihat pada PRU13. Walaupun nampak bersama BN ketika itu tetapi undi mereka tetap diberikan kepada PR.

Tetapi adakah keadaan sudah berubah atau dilakukan demi survival dan ekonomi setempat. Seorang rakan singgah di kedai runcit di pekan Sungai Limau Dalam untuk membeli sesuatu sambil bertanya kepada pemiliknya seorang Cina mahu undi siapa dalam PRK Dun Sungai Limau.

“Undi orang kita lah,” katanya. Rakan saya bertanya: “orang kita siapa?" Lalu dijawab  pemilik kedai itu: “itulah ... BN”.

Seorang lagi rakan ketika singgah di sebuah kedai di Dulang Besar turut mengajukan soalan sama kepada seorang pemilik kedai Cina.

Jawapannya sama: “Kita undi orang kita, BN”. Tengah hari semalam, saya sempat berbual dengan seorang rakan media Cina dan bertanya mengenai ke mana undi Cina kali ini.

Secara sinis, beliau berkata berdasarkan perbualan dengan beberapa penduduk Cina mereka memaklumkan akan memberi undi kepada BN kali ini atas faktor pembangunan.

Menurutnya, setiap kali PRK, peruntukan lebih mudah disalurkan dan inilah masa untuk mereka mengambil peluang berbanding dalam pilihan raya umum. “Kalau dalam PRK, mudah dapat peruntukan sama ada RM100,000 hingga RM1 juta. Dalam PRU, nak dapat RM10,000 pun susah.

Jadi inilah peluang untuk minta kerajaan baiki dewan, longkang atau turap jalan,” katanya. Saya juga berkesempatan berbual dengan beberapa pengundi Cina veteran mengenai corak pengundian mereka selama ini.

Seorang daripadanya berkata, selama ini mereka tidak mengundi Pas tetapi mengundi “Tok Jan” (panggilan mesra dirujukkan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak). “Selama ini, kami beri undi hanya untuk Tok Jan. Kami terhutang budi dan menghormatinya selama ini.

“Setiap kali balik ke sini, dia akan datang berjumpa kami. Kalau nampak kami, dia akan turun kereta dan berjabat tangan dengan kami. Inilah pemimpin yang kami cari,” katanya.

Bagaimanapun, kali ini undi mereka tidak lagi dapat diberikan kepada 'Tok Jan' walaupun calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat mendakwa bekas anak didiknya.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini pernah menyebut bahawa undi pengundi Cina amat penting untuk menjamin kemenangan BN setelah undi Melayu berpecah.

Beliau berkata, jika lebih 50 peratus undi Cina beralih kepada BN, peluang komponen itu untuk merampas kerusi berkenaan yang dikuasai Pas sejak lima penggal lalu adalah cerah.

Sungguhpun begitu, seorang kenalan di pekan Yan memberitahu, mungkin kali ini sahaja mereka akan beri undi kepada BN. “Mereka dalam keadaan tertekan dan terpaksa setelah tsunami pada PRU13.

Mereka pun tahu orang Melayu dah mula tak yakin dengan keikhlasan mereka. “Jadi kali ini mereka kononnya sudah kembali kepada BN,” katanya.

Tetapi beliau berkata, BN tidak boleh gembira kerana keadaan akan kembali seperti biasa dalam PRU14 kelak.

0 comments:

Post a Comment