Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

One Comment

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) ke-38 yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia selama lapan hari sehingga semalam.

Menurut kenyataan UniMAP hari ini, kemenangan itu merupakan yang keenam berturut-turut.
Dalam kejohanan yang bermula 2 November lepas, UniMAP meraih tujuh pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dalam kenyataan itu, berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian atlet universiti UniMAP kerana berupaya mempertahankan kejuaraan selama enam tahun berturut-turut.

UniMAP menghantar 265 atlet yang bertanding dalam 19 daripada 28 acara yang dipertandingkan, katanya.
Dalam kejohanan itu, Universiti Malaya berada di tempat kedua dengan empat emas dan empat gangsa, manakala tempat ketiga menjadi milik Universiti Teknologi Mara dengan tiga emas, enam perak dan dua gangsa. – BERNAMA

1 comments:

  1. tgk la sapa pegawai sukan dia... bekas atlet pecut negara!

    ReplyDelete