Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

Tedung merupakan spesies ular yang digeruni ramai kerana bisanya mampu membunuh dengan pantas. Namun di India, ular ini sudah biasa dijadikan hiburan.

Sungguh pun begitu, kes kematian disebabkan patukan ular pun bukan satu perkara yang asing bagi masyarakat sana.

Justeru tindakan meletakkan empat ekor ular tedung selar bersama bayi ini membuatkan sesiapa yang melihat pasti berasa risau.

Dalam video ini, bayi yang dirakamkan sedang tidur didakwa dilindungi oleh bukan seekor tapi empat ekor ular tedung dengan tengkuk kembang di sekelilingnya.

Sebelum nyenyak, bayi itu turut dilihat memeluk ular tedung di sebelahnya.

Kemungkinan besar, ular-ular ini sudah dibuang bisanya tapi itu belum cukup untuk meremangkan roma bagi sesiapa yang geli dan takutkan ular.

Dari segi lain, adakah sesuai perkataan ‘dilindungi’ digunakan dalam situasi ini? Ular tedung kot! – REM RAMZI


ne

0 comments:

Post a Comment