Setiap kali ada ura-ura konsert penyanyi luar bakal berlangsung di Malaysia, mereka yang telah membeli tiket akan selalu berharap bahawa ia tidak dibatalkan di saat akhir.
Begitulah yang dirasakan peminat penyanyi RnB, Alicia Keys.
Bagaimanapun, peminat Alicia boleh menarik nafas lega kerana konsert itu hampir pasti bakal direalisasikan esok, jam 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ini merupakan kali kedua Alicia menghiburkan peminatnya di Malaysia sempena tour sedunia konsert ‘Set The World On Fire’.
Buat peminat Alicia, penyanyi ini nampaknya sudah tak sabar-sabar lagi untuk beraksi di depan anda.
Tak percaya, tonton video di bawah. – REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment