Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 14, 2013

No Comment

Kalau ditanya pada kami, inilah parodi paling menarik dan bermanfaat pernah dibuat bagi mengajuk video “Macam Cantik Je.. Macam Comel Je” yang dihasilkan oleh adik Syasya.

Dalam video ini Amar atau nama sebenarnya Arif Muazzim Abdul Rahman menghasilkan satu lagu dengan tajuk serupa. Bagi yang tidak ingat siapa Amar, dia penyanyi yang pernah dikenali dengan lagu Nurul Iman pada 2004.

Apa pun, pujian cantik dan comel dalam lagu ini bukan ditujukan pada mata siapa-siapa sebaliknya alam ciptaan Allah SWT.

Turut dimuatkan, rap yang diselangi nasihat agar tidak mengata orang lain, menjaga akhlak serta tidak meletakkan diri pada tahap yang rendah.

Apa pun, mari layan lagu ‘Macam Cantik Je Macam Comel Je’ nanyian Amar dan renungkan nilai positif di sebalik liriknya. – REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment