Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

Video memaparkan seorang lelaki memasukkan kucing ke dalam ketuhar pembakar mencetuskan kecaman dan gesaan agar undang-undang terhadap pesalah binatang di Lebanon dikenakan tindakan lebih tegas.

Dalam video berdurasi seminit yang dimuatnaik di Facebook, seorang lelaki Lebanon bernama Hassan Hammoud memaksa seekor kucing masuk lalu menghidupkan ketuhar sambil dirakam oleh kawannya, Mohammad Jallad sambil ketawa.

Apa yang menyedihkan, kucing berkenaan mengiau dan meronta untuk keluar tapi Hammoud dan Jallad hanya ketawa sebelum mengeluarkannya. Dia mengulangi perbuatan itu sebanyak dua kali.

Daripada rakaman dapat dilihat kucing itu agak lemah akibat kesakitan selepas dikeluarkan meskipun masih bernyawa.

Video ini dimuatnaik Jallad di Facebook miliknya sebelum disekat kerana melanggar polisi menghalang kandungan berunsur ganas di laman sosial tersebut.

Bagaimanapun sebelum itu, video tersebut sudah pun sempat disebarkan secara meluas menerusi laman sosial dan menjengkelkan banyak orang hingga menjadi viral di Arab Saudi.

Kebanyakannya mengutuk kerana menganggap mereka berdua tidak patut berlawak dengan menganiayai binatang dan mempunyai potensi untuk menjadi pembunuh.

Bagaimanapun rata-rata meminta agar dua pemuda kejam ini ditangkap dan dihukum. – REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment