Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, November 11, 2013

No Comment

LAGAK wanita di dalam video ini begitu lembut dan ayu saat memandu kereta masuk ke dalam pagar rumahnya.

Video dipetik daripada laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC) dikongsikan hari ini.

Tanpa disangka-sangka wanita itu bakal dikejutkan dengan percubaan ragut dilakukan oleh seorang lelaki yang masuk melalui pagar rumah yang terbuka sementara kawannya menanti di atas motosikal.

Tapi peragut itu pula tersilap pilih mangsa apabila mangsa wanita yang disangkakan mudah ditewaskan tetapi melawan dan si peragut kena ‘smackdown’.

Ketika peragut berkenaan di belasah, rakan suspek yang menunggu di atas motosikal tak sampai hati melihat rakannya yang dibelasah kemudian menggunakan senjata tajam untuk menyelamatkan rakannya itu.

Jika dilihat daripada komen yang diterima, ada di antara mereka yang mengatakan video berkenaan sebagai palsu atau dirancang.

Bagaimanapun, butiran kejadian kes dan lokasi ia berlaku tidak diperolehi.
Anda tengoklah sendiri.


0 comments:

Post a Comment