Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

MERSING – Seramai 152 mangsa membabitkan 47 keluarga dari dua kampung dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kawasan mereka dilanda banjir.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkifli Hashim, berkata pihaknya kini sedang giat menjalankan proses pemindahan mangsa banjir yang bermula sejak jam 9 pagi tadi.

Katanya, antara kawasan yang terjejas banjir Kampung Air Papan dan Kampung Air Tawar dan semua mangsa kini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, SK Tenglu dan SK Air Tawar.

“Berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu, kita sudah membuka bilik gerakan banjir bagi memantau perkembangan semasa dan sehingga kini.

“Mengikut laporan terkini, hujan lebat melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini terutama di kawasan berisiko banjir seperti Kampung Semaloi, Labung dan Air Tawar,” katanya.

Zulkifli berkata, beberapa laluan di Kilometer 29 dan 32 Jalan Jemaluang-Kota Tinggi yang dilaporkan dinaiki air pada sebelah pagi tadi dilaporkan kembali surut dan boleh digunakan semula oleh semua laluan.

Bagaimanapun, laluan di Batu 30 Jalan Kahang-Mersing hanya boleh digunakan oleh kenderaan berat saja. – BH Online

0 comments:

Post a Comment