Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

MENDENGAR nama penyanyi dari seberang, Cakra Khan, 21, pasti terngiang-ngiang di telinga anda akan suara serak-serak basahnya yang unik itu.

Penyanyi itu nyata semakin dikenali di negara ini menerusi dua buat lagu yang begitu kerap diputarkan di corong radio iaitu ‘Harus Terpisah’ dan ‘Setelah Kau Tiada’.

Namun, tidak ramai yang tahu sebenarnya Cakra mula dikenali sebagai artis YouTube kerana gemar memuatnaik rakaman videonya menyanyi lagu-lagu yang dipopularkan oleh artis Barat, memetik laporan akhbar tempatan.

Datang dari keluarga susah, dia memulakan karier sebagai penyanyi di kala usia tujuh tahun dengan mendendangkan lagu-lagu berirama dangdut.

Cakra juga mengakui bahawa dia turut berniaga buah dan aiskrim di sekolahnya untuk menyara kehidupan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada keluarga.

Akhirnya, bakat penyanyi ini dikesan oleh syarikat rakaman, MyMusic ketika sedang menyanyi di sebuah kafe yang kemudiannya melamar Cakra sebagai artis rakaman mereka.

Jika dilihat pada usianya, ternyata dia agak beruntung kerana bakatnya dikesan awal. Mungkin itulah yang dikatakan berkat kesusahan dan usaha tanpa jemu, tak gitu?

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment