Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 13, 2013

No Comment

MANILA – Jumlah mangsa terkorban susulan Taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina pada 8 November lalu meningkat kepada 6,000 dengan sekurang-kurangnya 1,800 masih hilang.

Agensi tindak balas bencana kerajaan berkata, 6,009 disahkan mati manakala 1,779 masih tidak ditemui.

Taufan itu adalah bencana paling dasyat yang direkodkan melanda Filipina.

Jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, Mejar Reynaldo Balido, berkata sekurang-kurangnya 20 mayat masih ditemui setiap hari di bawah runtuhan sekitar Tacloban, iaitu bandar paling teruk terjejas.

Katanya, lebih 16 juta kediaman musnah dan rosak manakala proses pembinaan semula akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun. – AP

0 comments:

Post a Comment