Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

BUKIT MERTAJAM – Dua beradik dilaporkan koma selepas menjadi mangsa serangan anjing liar, 25 Disember lalu.

Mangsa Suhail Zolkifly, 14, dan adiknya Omar, 11, diserang sekumpulan anjing liar ketika sedang bermain di kawasan perumahan mereka kira-kira jam 3 petang.

Mereka cuba menyelamatkan diri dari serangan itu tetapi tersungkur dan mengalami keretakan tempurung kepala serta pendarahan dalam otak dan koma selama dua hari.

Kedua-duanya dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Bapanya, Zolkifly Md Lazim, 50, berkata, dia yang berada di Alor Setar, terkejut dengan kejadian yang menimpa kedua-dua anaknya itu bergegas pulang dan difahamkan kepala anak saya terhentak di atas permukaan jalan akibat tersungkur ketika menyelamatkan diri.

“Mujurlah, kedua-dua anak saya dah sedar dan semakin stabil walaupun belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Zolkifly berharap, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah sewajarnya mengelak kejadian tersebut berulang.

“PBT diharap mengadakan tinjauan lebih kerap terutamanya di sekitar kawasan perumahannya di Taman Cermai.

“Kawasan perumahan saya seperti lokasi haiwan kerana kebanyakan anjing berkumpul di situ sekali gus membahayakan keselamatan penduduk.

“Anak saya berusia tujuh tahun baru-baru ini turut cedera akibat diserang anjing dan saya berharap PBT berbuat sesuatu terutamanya mewujudkan polisi penjagaan haiwan kepada penduduk yang membela haiwan di kawasan ini,” katanya. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment