KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran keempat Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2013 apabila layak ke final.
Chong Wei, 31, menempah slot akhir selepas mengalahkan pemain Denmark Jan O Jorgensen 21-14, 21-16 pada separuh akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, di sini, semalam.
Jaguh negara itu, yang menang kejuaraan pada edisi 2008, 2009 dan 2010 itu, akan berjumpa dengan pemain Indonesia Tommy Sugiarto pada final hari ini.- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment