Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

Kota Bharu – Selepas menangguhkan perkahwinan pada September tahun lalu dan merancang berkahwin pada Februari tahun depan, penyanyi Misha Omar, 31, sekali lagi menangguhkan perkahwinannya berikutan kematian bapanya Omar Ismail, 75, semalam.

Omar meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kegagalan organ utama berfungsi pada jam 5.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Jenazah Omar dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok berhampiran pusara arwah ibunya.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @Aisah Omar berkata, dia sudah berbincang dengan keluarga dan tunangnya Firos Ezzwan Rossly, 31, berkaitan hal itu.

“Kami sudah berbincang, tak mungkin akan teruskan (perkahwinan mengikut perancangan).

“Kami perlu masa, kehilangan adalah menyakitkan apatah lagi orang yang paling penting,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Guchil Bayam, di sini, semalam.

Misha dan Firos yang juga juruterbang bertunang pada Februari tahun lalu dan mengumumkan untuk berkahwin pada September tahun lalu sebelum menangguhkannya pada Februari tahun depan.

Penangguhan perkahwinan pada September tahun lalu berpunca daripada percanggahan jadual kerjanya dan Firos. – Harian Metro

* Gambar fail

0 comments:

Post a Comment