Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 29, 2013

No Comment

Majlis resepsi pelakon popular, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim yang diadakan di kampung halaman Fizo di Selingsing, Pasir Puteh, semalam, turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Menteri Besar negeri itu, Tuan Guru Nik Aziz.

Walaupun dalam keadaan kurang sihat, Nik Aziz tetap gagah menghadirkan diri pada majlis tersebut.

Selain Nik Aziz, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penjaga gol kebangsaan yang juga merupakan anak jati Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan isterinya, Leuniey Nazri yang kini sedang sarat mengandung.

Pada majlis itu juga sebanyak 10 ekor lembu telah ditumbangkan untuk 7,000 tetamu yang hadir.

Pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan segak dan cantik bergaya dengan persalinan raja sehari berwarna merah jambu cerah.

Jom layan gambar-gambar menarik majlis ini dulu ya!





Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment