Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

KOTA KINABALU – Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut (Pekadin) Sabah menggesa instutusi pengajian tinggi, majikan dan pelajar menghayati nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar mereka mengeratkan kerjasama, khususnya bagi melahirkan siswazah yang menepati permintaan pasaran pekerjaan.

Timbalan Presiden Pekadin Nailin Gabintal berkata persatuan itu menganggap cadangan tersebut amat wajar dan tepat pada masanya kerana ia boleh mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.

“Ini satu langkah baik…kami dalam Pekadin sduah semestinya mengalu-alukan inisiatif ini. Sudah tiba masanya usaha dilakukan untuk mencari cara dan kaedah yang boleh mengurangkan jumlah siswazah menganggur, sejajar dengan agenda pembangunan negara.

“Sebab itulah kami mahu institusi pengajian tinggi, majikan dan pelajar sendiri menghayati nasihat Perdana Menteri tentang perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nailin berkata demikian bagi mengulas saranan Najib agar institusi pengajian tinggi, bakal majikan dan pelajar meningkatkan kerjasama untuk melahirkan siswazah yang paling sesuai dengan pasaran pekerjaan.

Ketika menyuarakan saranan itu semalam, Najib berkata kerjasama demikian, selain meningkatkan kualiti pendidikan, penting dalam usaha memperkasa mahasiswa dalam bidang yang akan mereka ceburi.

Dalam usaha melahirkan siswazah berkualiti dan sesuai dengan pasaran pekerjaan, kerajaan melaksanakan beberapa langkah, termasuk pengajaran Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah dan Modul Asas Keusahawanan di semua institusi pengajian tinggi awam.

Mahasiswa juga diberi peluang menjalani latihan dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional Berhad, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Bank Negara Malaysia.

Satu program dikenali sebagai Program Pemadanan Siswazah pula diadakan dengan kerjasama industri dan syarikat tempatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment