Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

AFRIKA SELATAN – Penterjemah bahasa isyarat palsu yang mengejutkan orang ramai ketika majlis penghormatan ke atas Nelson Mandela, beberapa hari lalu, akhirnya dikenal pasti.

Dia adalah Thamsanqa Jantjie, 34, yang pernah berdepan dengan tuduhan bunuh, rogol dan menculik.

Laman web Enca melaporkan, Jantjie yang mengalami schizophrenia pernah didakwa dengan tuduhan rogol pada 1994, mencuri (1995), pecah rumah (1997), merosakkan harta benda (1998) dan membunuh serta menculik (2003).

Semua tuduhan itu bagaimanapun digugurkan selepas dia didapati tidak layak untuk perbicaraan.

Semalam, Jantjie mendedahkan dia mungkin mengalami schizophrenic ketika di atas pentas pada majlis berkenaan dan mendakwa melihat `pari-pari’ pada majlis tersebut.

Jelasnya, dia mula mengalami halusinasi ketika menterjemah dan cuba untuk tidak panik kerana terdapat ramai anggota polis di sekelilingnya.

Dia juga mendakwa pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah mental yang dialaminya selama lebih setahun.

Jantjie juga memberitahu, dia bekerja sebagai penterjemah dengan SA Interpreters yang diupah oleh Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) untuk menterjemah ucapan pemimpin dunia di majlis tersebut yang diadakan di stadium yang mempunyai 95,000 tempat duduk.

Katanya, dia dibayar sebanyal 85 dolar untuk menjadi penterjemah pada majlis berkenaan.

“Saya ingin memberitahu semua orang bahawa saya meminta maaf jika saya telah menghina mereka,’’ katanya.

Jantjie berdiri hanya beberapa kaki daripada Presiden Barack Obama dan pemimpin lain ketika mereka berucap pada majlis berkenaan.

Penipuan itu menyebabkan Afrika Selatan malu besar kerana ia merupakan acara yang ditonton oleh berjuta-juta penonton.

0 comments:

Post a Comment