Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 28, 2013

No Comment

GEORGETOWN – Lembaga Kemajuan Wilayah Utara Pulau Pinang (Perda) membelanjakan sebanyak RM110,000 sepanjang tahun ini bagi membantu 38 peniaga kecil di negeri ini meningkatkan pendapatan mereka.

Timbalan Pengurus Besar Perda Rosman Hashim berkata bantuan berbentuk mesin dan peralatan itu diharap dapat meningkatkan daya saing produk tempatan di samping melahirkan usahawan berpendapatan tinggi.

“Kita juga beri bantuan peralatan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan mengutamakan keluarga miskin yang tersenarai dalam data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam usaha mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan,” katanya selepas menyerahkan basikal roda tiga kepada seorang peniaga apam balik di Teluk Kumbar, di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 247 peniaga telah menerima manfaat bantuan itu dengan 186 orang daripadanya berjaya keluar daripada garis kemiskinan sejak program itu diperkenalkan pada 2011.

Penerima sumbangan, Elias Yahaya, 30, berkata dengan adanya basikal baharu itu dia berhasrat membuka sebuah lagi gerai apam balik di Bayan Lepas dan menjangka dapat meningkatkan jualan makanan itu sekali ganda.

“Perniagaan ini saya warisi daripada bapa yang berniaga sejak 1994, setiap hari kami dapat jual 600 keping apam balik. Mungkin selepas ini anak saudara saya yang baru habis belajar dapat uruskan gerai baharu itu,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment