Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 2, 2013

No Comment

REMBAU – Seorang wanita di sini tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya selepas menemui suaminya mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok getah dekat sebuah kebun di Kampung Mampong, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, K Selvi, 41, menemui mayat suaminya, K Selvam, 42, tergantung menggunakan kain kelambu.

K Selvi, 41, berkata, dia keluar mencari suaminya ke kawasan kebun tidak jauh dari rumahnya selepas suaminya tidak pulang.

Menurutnya, malam sebelum kejadian, suaminya yang pulang dalam keadaan mabuk sekitar jam 9 malam ada bertengkar dengannya untuk meminta duit bagi membeli minuman keras.

“Saya kata tiada duit dan suami menyatakan akan membunuh diri sekiranya saya tidak memberinya duit. Pada mulanya dia mahu minum cuka getah tapi saya sempat halang sebelum suami keluar dari rumah menuju ke ladang getah.

“Kebiasaannya sekiranya suami keluar rumah dia akan pulang awal pagi, namun pada pagi ini dia tidak pulang,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, semalam.

Selvi berkata, sepanjang 14 tahun dia berkahwin dengan suaminya itu, suaminya sememangnya seorang yang sangat baik sekiranya tidak mengambil minuman keras.

Mayat mendiang Selvam akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi KSNS Chembong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment