Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 3, 2013

No Comment

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Amazon, Jeff Bezos baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut kini dalam proses untuk menawarkan perkhidmatan baharu yang dikenali sebagai Amazon Prime Air yang menggunakan pesawat drone untuk menghantar barangan yang dibeli pengguna dalam masa kurang dari 30 minit.

Projek ini telah diumumkan dalam salah satu program televisyen AS, 60 Minutes.

Penggunaan pesawat kecil yang digelar octocopter ini masih terhad daripada segi berat pakej serta jarak. Amazon menyatakan bahawa 86% pakej yang dihantar adalah kurang daripada 2.3kg dan drone ini hanya boleh membuat penghantaran sejauh 16 kilometer dari pusat penghantaran.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Amazon berkata projek ini mungkin memakan masa empat hingga lima tahun dan ianya masih belum memperolehi sebarang kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS.

0 comments:

Post a Comment