Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seramai 122 majikan yang gagal mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didenda RM208,550 oleh mahkamah pada suku tahun keempat berakhir 31 Disember tahun lalu.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, sebanyak 234 kes sivil dan 893 kes jenayah turut difailkan di mahkamah terhadap majikan dan pengarah syarikat yang tidak mencarum.

“Majikan tersebut didenda kerana tidak membayar caruman bulanan sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan. KWSP memandang serius kesalahan ini kerana kami komited untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan ahli KWSP,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Affendi dalam pada itu memaklumkan, KWSP turut mengemukakan sebanyak 171 nama pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menyelesaikan tunggakan caruman KWSP.

Jelas beliau, langkah itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.

Justeru, katanya, KWSP akan sentiasa meningkatkan tahap penguatkuasaan untuk memastikan majikan dan pengarah syarikat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan teratur.

Sementara itu, katanya, pihak mahkamah lazimnya membenarkan majikan yang didenda menjelaskan tunggakan caruman secara ansuran sehingga enam bulan dan KWSP akan mengkreditkan tunggakan caruman ke dalam akaun ahli terbabit setelah semua tunggakan dibayar oleh majikan.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ahli KWSP supaya menyemak penyata KWSP dengan lebih kerap bagi memastikan caruman telah dibayar oleh majikan.

Jelasnya, ahli KWSP boleh juga memeriksa akaun mereka secara online melalui i-Akaun.

“Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap akaun KWSP, mereka perlu mendapatkan penjelasan segera daripada majikan atau membuat laporan kepada KWSP,” katanya lagi.

Laporan boleh dibuat di cawangan KWSP berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau secara dalam talin `online’.

0 comments:

Post a Comment