Sebagai individu berpengaruh seperti selebriti, bahasa digunakan di media sosial turut menjadi perhatian awam.
Maka sebaik-baiknya, gunakan bahasa yang molek tidak kiralah kalau hati di dalam bagai nak pecah kerana bengang disindir di laman sosial.
Jika tidak, jadilah seperti insiden berbalas Twitter yang menimpa pengarah Jangan Pandang Belakang Congkak, Ahmad Idham.
Segala-galanya bermula selepas seorang penuntut Diploma Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Cawangan Lendu, Melaka dikenali sebagai Ashraff mempertikaikan kenyataan Ahmad Idham ketika datang ke UiTM Melaka bahawa dia mengajar filem untuk pasaran Malaysia, bukan untuk menang anugerah.
Status itu dimuatnaik menerusi Twittter handle @twt_filem yang diwujudkan penggiat filem, Ajami bagi berkongsi pendapat pembikin dan peminat filem yang dijemput sebagai kurator.
Sebaik terbaca tweet tersebut, Ahmad Idham jelas kurang senang lalu bertanya jika ada masalah dengan caranya itu.
Apabila dijawab Ashraff tidakkah dia berasakan kutipan perlu disejajarkan dengan kualiti, bermulalah peluru Twitter yang tidak henti-henti dihamburkan Ahmad Idham kepada @twt_filem.
Antara yang ‘ditembak’ Ahmad Idham adalah kurator @twt_filem belum penuh ilmu di dada, tak layak berbicara soal industri kerana belum keluarkan duit sendiri untuk terbit filem, kurator Twitter berkenaan adalah golongan nerd berjiwa kosong yang tunjuk pandai di laman sosial dan hanya memalukan diri sendiri kerana ada hati mahu mengulas tentang industri padahal setakat duduk belajar dan makan gaji sahaja.
Status Ahmad Idham ini dianggap angkuh hingga ramai pihak mula memuatnaik status Twitter yang menyindir dirinya.
Paling tak tahan, Tweet Ahmad Idham pada hari sama akhirnya memakan diri.
Apabila dia memuatnaik satu status yang mempersoalkan mutu perkhidmatan di sebuah restoran makanan segera, dia diberikan jawapan yang lebih kurang serupa seperti yang pernah dikeluarkannya iaitu ‘selagi belum kerja situ jangan nak cakap orang tak reti buat kerja’.
Satu je dapat dikatakan: balasan Tweet untuk Ahmad Idham ini memang epik dan kena setepek! - REM RAMZI
Sumber: www.astroawani.com
0 comments:
Post a Comment