Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

Orang kata lebih baik mencegah daripada mengubati dan mungkin frasa itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelakon yang sentiasa kelihatan cantik dan awet muda, Nasha Aziz.

Di sebalik wajah jelitanya itu tiada siapa menyangka aktres popular ini sudah pun mencecah usia 45 pada tahun ini!

Nasha baru-baru ini mendedahkan dia sendiri mengambil inisiatif melakukan ujian pemeriksaan Asid Deoksiribonukleik (DNA) sebagai langkah penjagaan kesihatan dirinya.

Memetik laporan Malaysian Digest, “baru-baru ini saya ada membuat ujian DNA. Selepas mendapat ujian itu, barulah saya tahu imunisasi badan saya tidak kuat dan saya berpotensi untuk menghidapi beberapa penyakit berbahaya”.

“Jadi apa yang saya lakukan, saya mengambil langkah untuk mengawal penyakit-penyakit itu dengan terus mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Nasha bakal beraksi dalam pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang bakal dipertontonkan di Istana Budaya pada 9 hingga 18 Mei depan.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment