Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

TEMERLOH – Polis Daerah Temerloh mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mandi di Sungai Pahang kerana kewujudan pasir jerlus ketika air cetek sekarang boleh mengundang bahaya mati lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata tahun lepas sahaja tujuh kes mati lemas dilaporkan di daerah ini dengan sebahagian besarnya membabitkan kanak-kanak yang mandi di kawasan pasir jerlus.

“Pada bahagian atas pasir kelihatan timbul dengan keadaan airnya tenang dan cetek, sedangkan pada bahagian bawahnya berlaku pasir berongga atau pasir jerlus,” katanya.

Isnin lepas, seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh di sini Mohd Faiz Daniel Mat Jaafar, 17, mati lemas di Sungai Pahang dekat Esplanade Temerloh, dipercayai di kawasan pasir jerlus. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment