NEW YORK – Jika anda menganggap suntikan doktor gigi di gusi adalah menyakit, cuba bayangkan bagaimana tatu dicacah di bahagian dalam bibir. Pasti menakutkan.
Ia merupakan trend terbaru dan mula menjadi popular serta kegilaan baru di kalangan penggemar tatu.
Mereka menulis pelbagai perkataan untuk dicacah dan bagi pasangan yang bercinta pula, kata-kata cinta menjadi pilihan.
Meskipun ia terlindung kerana terletak di dalam mulut, namun itu bukan halangan kepada mereka untuk mencacah tatu tersebut.
Bagaimanapun mencacah tatu di bahagian dalam mulut bukan satu permainan atau untuk keseronokan.
Ini kerana ia amat menyakitkan dan mengakibatkan mulut menjadi kebas.
Selain itu, ia juga tidak bertahan lama, tidak lebih lima tahun malah ada juga yang hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja.
Ia juga sukar dilakukan dan hanya boleh dicacah oleh mereka yang profesional serta berlesen sahaja memandangkan ia adalah bahaya.
0 comments:
Post a Comment