CHINA – Malang menimpa seorang ahli perniagaan, Yu Li, 42, apabila seorang wanita terjatuh dari tingkat empat dan menimpa kepalanya ketika ahli perniagaan itu membeli belah sempena Tahun Baru Cina bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun.
Susulan kejadian itu, Yu Li kini bergelut dengan maut di hospital selepas cedera parah di kepala.
Sementara wanita tersebut yang juga pereka pakaian, meninggal dunia.
Polis kini sedang meneliti rakaman CCTV bagi mengetahui sama ada wanita itu terjun dari bangunan tersebut atau ditolak.
Menurut isteri Yu Li iaitu Yan, ketika polis menghubunginya untuk datang mengambil anak lelakinya kerana suaminya cedera, dia menyangka polis bergurau dengannya.
“Saya tidak sangka ia benar-benar berlaku. Yu Li ke pusat beli belah itu bersama anak saya untuk membeli hadiah sempena Tahun Baru Cina.
“Dia membawa anak kami selepas beberapa kali berjanji, tidak sangka ini pula yang berlaku,’’ katanya.
Anak pasangan itu kini dirawat kerana mengalami kejutan susulan insiden tersebut.
0 comments:
Post a Comment