Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

Sebaik sahaja versi terbaru aplikasi Facebook dimuat turun di telefon pintar Android, kini ia akan meminta keizinan pengguna untuk “membaca teks mesej (SMS atau MMS)” anda.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kaspersky, permintaan ini yang mula keluar sejak beberapa hari lalu membuatkan sebilangan pengguna berasa tidak selesa.

Meskipun Facebook belum mengeluarkan sebarang kenyataan, secara logiknya arahan baru untuk membaca SMS ini adalah bagi memudahkan pengesahan nombor telefon berdasarkan kod yang dihantar kepada telefon bimbit pengguna.

Sebelum meminta untuk baca SMS, Facebook sebelum ini sudah pun meminta untuk “membaca kalendar dan maklumat sulit” yang membolehkan aplikasi tersebut mengemaskini jadual kalendar pengguna. – REM RAMZI

Sumber: IBN

0 comments:

Post a Comment