Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan PAS Pusat berhubung pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac ini.

Jika sebelum ini DPPM tegas mempertikaikan kewajaran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang, hari ini mereka membuat pendirian sebaliknya selepas menerima arahan daripada pucuk kepimpinan parti.

Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPM, Mohd. Sany Hamzan berkata, pihaknya akan membantu kempen PKR di Kajang dan akan bermesyuarat dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk merangka strategi menghadapinya.

“Jabatan Pilihanraya DPPM akur dan bersetuju dengan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat berkenaan isu bekerjasama dengan pemimpin pakatan Selangor.

“Kami akan membantu Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda PRK DUN Kajang, Hairul Nizam Tohar untuk memobilisasikan seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Sany berkata, keputusan PAS Pusat itu secara tidak langsungh menggagalkan segala isu, pandangan dan kenyataan yang cuba dipolemikkan untuk memecahbelahkan kesepaduan pakatan pembangkang dalam menghadapi PRK DUN Kajang.

Menurutnya, aktiviti gerak kerja PRK tersebut akan mengambil kira strategi yang diguna pakai semasa PRK di Kuala Besut dan Sungai Limau dan juga semasa pilihan raya umum (PRU) pada Mei lalu.

0 comments:

Post a Comment