Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment


SEREMBAN – Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga istimewa, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan akan membuka tiga lagi pasar tani tahun ini.

Pengarahnya A. Rahaman Suleiman berkata ia akan dibuka di Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban sebagai tambahan kepada 26 pasar tani sedia ada di seluruh negeri membabitkan 1,065 usahawan.

Beliau berkata ia juga bertujuan menambahkan pendapatan usahawan tani dan mengalakkan golongan petani Bumiputera menyertai bidang perniagaan.

“Pelbagai jenis keperluan harian terdapat di pasar tani termasuklah ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, barangan runcit, makanan dan buah-buahan yang segar dan boleh didapati dengan harga lebih murah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Rahaman berkata nilai jualan dicatatkan oleh 26 buah pasar tani sepanjang tahun lepas berjumlah RM21,557,116 berbanding RM20,666,869 pada tahun 2012.

“Secara perbandingannya (pada 2012), jualan dalam tahun 2013 telah mencapai peningkatan berjumlah RM890,247 atau sebanyak 4 peratus,” katanya.

Katanya pasar tani yang mencatatkan jualan tertinggi adalah Pasar Tani Ampangan sebanyak RM2,502,540 diikuti Pasar Tani Rembau (RM2,499,264) dan Pasar Tani Paroi Jaya (RM2,492,032).

Katanya berdasarkan jenis produk jualan, makanan dan minuman mencatatkan jualan tertinggi berjumlah RM3,591,411 diikuti sayur-sayuran (RM2,992,639) dan ikan laut (RM2,524,989). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment