Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment


Program kempen bakal calon pilihan raya kecil DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mula dihalang oleh orang ‘dalam’ iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Halangan awal ini mula menunjukkan betaap sukarnya Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang untuk menjadi Menteri Besar Selangor, memetik laporan The Malaysian Insider.

MAIS dan JAIS menyekat Anwar daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah.

MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.

Ia diketahui apabila kumpulan yang menguruskan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar memberikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lepas.

“Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah,” kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.

Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.

Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.

“Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais.

Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain,” kata sumber itu.

Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.

Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.

Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa,” katanya.

0 comments:

Post a Comment