Walaupun sudah hampir sebulan setengah usia perkahwinannya, nama Linda Onn dan suaminya, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 34, tidak habis-habis diperkatakan berikutan mereka dikatakan menghalang pihak media daripada membuat liputan pada hari bahagia mereka pada 27 Disember lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Linda atau nama sebenarnya, Rozlindah Onn mengatakan dia sangat menghormati permintaan suaminya yang mahukan majlis mereka diadakan dalam acara penuh tertutup dan hanya dihadiri sanak saudara yang rapat dengan mereka sahaja.
“Suami saya seorang yang sukakan privasi, jadi sebagai isteri saya hormati permintaannya.
“Saya tidak mahu lagi memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. Pertama kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Kedua, bila kita melalui alam perkahwinan, kita mahu segala yang berlaku indah dan positif,” ujarnya memetik laporan Sinar Harian.
Dalam pada itu, baru-baru ini, Linda baru sahaja selesai mengadakan majlis resepsi untuk teman-teman rapatnya termasuk pihak media yang berlangsung di sebuah restoran di Ampang.
“Pada majlis tersebut, hanya 100 sahabat saya dijemput dan 100 lagi sahabat suami serta kaum keluarga sahaja,” ujarnya lagi.
Linda juga menambah, dia tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini
0 comments:
Post a Comment