Mexico – Ibu bapa di Sonora, sebuah negeri di Mexico tidak lagi dibenarkan menamakan anak mereka ‘Facebook,’ ‘Panties’ atau 59 lagi nama yang dilarang.
Pengarah Pendaftar Awam Sanora, Cristina Ramirez berkata, nama yang diharamkan itu kini hanya ditemui hanya satu dalam setiap pendaftar negeri. Beliau berkata, senarai itu mungkin akan ditambah kerana pegawai masih memeriksa 132 pendaftar kelahiran baru.
Nama dianggap menghina
Beliau berkata, undang-undang melarang penggunaan 61 nama yang dianggap ‘menghina’ atau tidak mempunyai maksud logik bermula Isnin dan sebagai percubaan melindungi kanak-kanak daripada dibuli.
Ramirez berkata, seorang kanak-kanak lelaki di bandar Navojoa yang lahir baru-baru ini diberi nama Juan Calzon atau Juan Panties manakala, seorang kanak-kanak perempuan diberi nama Lady Di.
Antara nama lain yang dianggap pelik termasuk seorang budak perempuan yang dinamakan Marciana atau Martian dan budak lelaki diberi nama Circuncision atau Circumcision. Nama ‘Rambo’ turut diharamkan.
Sonora terletak di sempadan negeri Arizona di Amerika Syarikat.-AP
0 comments:
Post a Comment