Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 13, 2014

No Comment

Washington – Amerika Syarikat dan Perancis bekerjasama untuk misi baru ke planet merah, Marikh dijadualkan pada 2016.

Isnin lalu, perjanjian berkenaan dimeterai oleh pengurus Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Charles Bolden dan presiden Pusat Penyelidikan Angkasa Kebangsaan Perancis (CNES), Jean-Yves Le Gall di Washington.

“Perjanjian baru ini mengukuhkan usaha sama antara NASA dan CNES dalam penyelidikan sains planet, dan diasaskan daripada kerjasama selama 20 tahun dengan CNES membabitkan planet Marikh,” kata Bolden.

“Penyelidikan dijana daripada misi bersama ini akan memberikan agensi kami lebih maklumat mengenai pembentukan Marikh yang akan membantu kami memahami bagaimana bumi berkembang.”

Projek itu akan menyaksikan kerjasama antara dua negara untuk menghantar jentera NASA Mars, yang dinamakan Eksplorasi Dalaman Menggunakan Siasatan Seismik (Gelombang Permukaan) dan misi Heat Transport (InSinght) ke planet merah. Jentera yang tidak dinamakan itu akan mengkaji keadaan bahagian dalam planet Marikh.

Bentuk pasukan sains antarabangsa

Selain penyelidik Amerika Syarikat dan Britain, pasukan sains antarabangsa InSight turut dibentuk dari kalangan penyelidik seluruh dunia seperti Austria, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun, Poland, Sepanyol dan Switzerland.

Misi itu dijangka dilancarkan dua tahun lagi iaitu pada Mac 2016 dan akan tiba di Marikh enam bulan kemudian pada September. Misi akan turut cuba meraih pemahaman lebih baik mengenai evolusi planet berbatu itu.

InSight akan meneruskan usaha menilai aktiviti kerak planet Marikh, selain kesan tahi bintang. Untuk tujuan itu, InSight akan membabitkan alat Kajian Seismik CNES bagi Struktur Dalaman.- AGENSI

0 comments:

Post a Comment