Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 13, 2014

No Comment

TOKYO – Syarikat pembuat kereta terkemuka Jepun, Toyota semalam menarik balik 1.9 juta kereta model Prius di seluruh dunia kerana masalah sistem komputer yang boleh menyebabkan kereta hibrid tersebut berhenti secara tiba-tiba.

Seorang jurucakap syarikat berkata, terdapat satu masalah dengan sistem komputer yang mengawal alat penukaran kuasa sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu.

“Masalah pada sistem komputer ini boleh menyebabkan kereta ini berhenti secara tiba-tiba ketika sedang memandu.

“Kami menganggap masalah ini adalah satu isu keselamatan dan sebab itu kami membuat keputusan untuk menarik semula kereta ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata jurucakap itu, sehingga kini tiada kemalangan dilaporkan berpunca daripada kerosakan tersebut.

“Dalam kebanyakan kes, kerosakan ini akan mencetuskan lampu amaran pada kenderaan dan kemungkinan kereta masih boleh di pandu tetapi dengan kuasa yang dikurangkan sebelum berhenti,” jelasnya.

Menurutnya, lebih 400 kes telah dilaporkan di seluruh dunia termasuk 300 kes di Jepun dan 90 kes di Amerika Utara.

Arahan menarik balik model itu melibatkan sejumlah 997,000 kereta di Jepun dan lebih 713,000 lagi di Amerika Utara, manakala selebihnya melibatkan negara di Eropah, Timur Tengah serta China.

Toyota yang merupakan peneraju kenderaan mesra alam menarik balik beberapa model Prius pada tahun lalu dan 2010 atas pelbagai kerosakan.

pengumuman terbaru ini merupakan yang paling besar untuk model berkenaan. – AFP

0 comments:

Post a Comment