Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pasar raya besar Tesco di Paradigm Mall Kelana Jaya, Selangor adalah antara premis yang menawarkan harga serendah RM1.99 bagi sekilogram ikan kembung hitam dan hijau bersaiz sederhana, hari ini.

Menurut portal www.1pengguna.com yang menyenaraikan harga pelbagai jenis barangan mengikut premis dan negeri, ikan jenis itu juga dijual pada harga RM2.99 sekilogram di pasar raya besar Tunas Manja di Temerloh, Pahang.

Bagaimanapun, harga ikan itu tidak sama di pasar raya atau pasar basah di negeri-negeri lain seperti Sabah yang menawarkan harga bermula daripada RM5 sekilogram, Sarawak (RM6), Johor (RM6.90), Kelantan (RM7.90), Melaka (RM8.90) dan Kuala Lumpur (RM9.90).

Bagi ayam bersih standard pula, dua pasar raya di Terengganu iaitu Subasun Bandar dan Subasun Wakaf Tembesu Kuala Terengganu menawarkan harga serendah RM5.97 sekilogram, selain pasar raya besar Tesco di Puchong, Selangor yang menjual pada harga RM5.98.

Di ibu kota, ayam berkenaan dijual antara RM6.79 hingga RM7.39 sekilogram manakala harga di pasar basah bermula RM7.50 hingga RM8.50.

Portal itu turut menyenaraikan harga bagi 10 biji telur ayam gred A yang dijual antara RM3.40 dan RM4.49 di beberapa pasar raya dan pasar basah di Selangor, manakala di Kuala Lumpur ia dijual pada harga RM3.50 sehingga RM3.60.

Bagi sayur-sayuran pula, harga sekilogram kacang panjang lebih murah di Sarawak iaitu antara RM2 dan RM12.20 sekilogram, Selangor (RM2.39 hingga RM7.50 sekilogram), Kedah (RM2.89 sehingga RM7 sekilogram), Sabah (RM2.90 sehingga RM6 sekilogram) dan Kuala Lumpur (RM4 sehingga RM8.90 sekilogram).

Sekilogram tauge basah (kecil) pula dijual serendah 50 sen sehingga RM3.50 di Johor, Perak (RM1.30 sehingga RM2.50 sekilogram), Kelantan (RM1.50 sehingga RM4 sekilogram), Selangor (RM1.50 sehingga RM6 sekilogram) dan Kuala Lumpur (RM1.50 sehingga RM2 sekilogram).

Portal www.1pengguna.com membimbing pengguna bagi mendapatkan barangan pada harga kompetitif dalam menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment