BAGI anda yang mengikuti rancangan The Biggest Loser, pasti anda sudah sedia maklum dengan konsep rancangan tersebut yang memberi kemenangan kepada peserta yang berjaya mengurangkan peratusan berat badan paling banyak.
Baru-baru ini, pemenang musim ke-15 program tersebut dikritik kerana dilihat menurunkan berat badannya secara keterlaluan.
Rachel Frederickson, 24, memulakan pertandingan tersebut dengan berat badan 118 kilogram.
Bagaimanapun, pada episod akhir musim tersebut, dia tampil dengan berat 48 kilogram sekaligus kehilangan hampir 60 peratus berat badan asalnya.
Ramai yang beranggapan, berat badan tersebut kurang sesuai dengan ketinggian gadis dan usia gadis tersebut.
Beberapa penonton meluahkan kebimbangan mereka tatkala melihat fizikal Rachel yang kurus mendadak melalui akaun Twitter mereka seperti:
“Saya tahu dia ‘The Biggest Loser’, tapi Rachel kelihatan tidak sihat. Dia nampak lebih elok sebelum ini.”
“Rachel pergi terlalu jauh. Dia memberikan mesej yang teruk terhadap dirinya dan pertandingan ini.”
“Adakah saya sahaja yang merasakan Rachel kelihatan sakit?”
Itu antara komen yang dilontarkan. Pada masa yang sama, ada pengguna akaun yang turut menyertakan gambar riak terkejut wajah jurulatih pertandingan tersebut apabila melihat perubahan gadis itu.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh Rachel yang berkata, perubahan tersebut terjadi kerana dia mengamalkan makanan sihat dan menjalani latihan fizikal secara betul.
“Saya tak pasti adakah saya mampu mengekalkan berat badan ini, tetapi saya sedang merancang latihan baru dan akan terus berusaha,” ujarnya.
Oleh: ELZA
(Sumber asal: E-Online)
0 comments:
Post a Comment