Boleh dilihat sebagai peranti telefon pintar yang paling berpatutan di pasaran Malaysia buat masa ini, Peranti Moto G daripada Motorola kini dilengkapi pula dengan kemaskini sistem Android Kit Kat di Malaysia.
Setiap unit varian Malaysia bagi Moto G yang lengkap dengan kebolehan dwi-kad sim akan menerima notifikasi bahawa kemaskini Android 4.2.2 boleh dimuat turun.
Muat turun ini boleh dilakukan melalui OTA (Over the Air) WiFi pada saiz 230MB. Kemaskini terbaru ini menampilkan paparan pendial baharu selain pembaharuan yang disertakan pada Android Kit Kat.
Dengan harga pasaran yang ditetapkan pada RM698 untuk peranti 8GB dan RM798 untuk versi 16GB, Moto G merupakan salah satu daripada pilihan terbaik bagi pengguna yang mahu mendapatkan peranti ‘mampu-milik’ yang menggunakan sistem Android terkini.
Sumber: Soya Cincau
0 comments:
Post a Comment