Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mahu kerajaan negeri memberi penjelasan bangunan Kompleks Silveritage Galleria di Perak ditutup dengan pagar.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, kerajaan Perak perlu memaklumkan rancangan masa depan untuk Kompleks Silveritage Galleria.

“Kami amat kesal kerana kompleks ini ditutup ketika negara sedang menyambut pelancong asing bersempena Tahun Melawat Malaysia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad seterusnya mendakwa, penutupan kompleks tersebut menyebabkan semua gerai yang ada di Kompleks Silveritage Galleria juga terpaksa ditutup.

Menurutnya, pembinaan Kompleks Silveritage Galleria yang menelan perbelanjaan RM 14.49 juta pada tahun 1998 pada awalnya bertujuan menjiad pusat budaya di Perak.

Bagaimanapun, pada tahun 2004 ia telah dijadikan sebagai sebuah Terminal Bas antara Negeri yang hanya bertahan hampir sepuluh tahun sebelum ia beroperasi semula pada tahun lalu.

“Kami mahu tahu apakah rancangan pada masa hadapan untuk pemulihan semula Kompleks Silveritage Galleria yang dilihat seperti sebuah projek ‘gajah putih’ sahaja,” dakwanya.

0 comments:

Post a Comment