Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta kerajaan menjelaskan kepada masyarakat mengapa kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2014 terus merundum.

Beliau mendakwa, situasi Malaysia di tangga paling corot sejak 12 tahun lalu dalam Indeks Kebebasan Media amat mengaibkan.

“Malaysia dikatakan mempunyai “demokrasi terbaik di dunia” tetapi kedudukan kita dalam Indeks Kebebasan Media 2014 adalah paling corot dalam sejarah negara, malah lebih rendah daripada Myanmar,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sebuah portal berita propembangkang hari ini melaporkan kedudukan Malaysia merosot ke tahap paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar terbaru yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF).

Malaysia kini berada di kedudukan 147 daripada 180 negara, merosot dua anak tangga lagi berbanding tahun sebelumnya (145).

Kedudukan itu meletakkannya berada di bawah negara-negara lain yang kurang membangun seperti Bangladesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).

Laporan itu bagaimanapun agak meragukan kerana ia cuma berdasarkan tinjauan dengan pelbagai pihak, termasuk aktivis badan bukan kerajana (NGO), wartawan dan pakar undang-undang.

Lebih meragukan apabila laporan itu tidak menyatakan secara spesifik berhubung kemerosotan kedudukan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment