Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mahu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditempatkan di kementerian itu, tanpa identiti mereka dikenali, sebagai usaha mengekang salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan kakitangan.

Beliau berkata, walaupun kadar kes penyelewengan dan rasuah rendah di peringkat kementerian berkenaan, namun langkah awal itu, bagi menunjukkan kementerian benar-benar serius membendung gejala rasuah.

“Kami telah membuat permohonan kepada SPRM untuk menghantar pegawai mereka secara tetap ke kementerian ini bagi mengawal salah guna kuasa dan rasuah…kami sentiasa terbuka dengan SPRM,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan seminar Integriti dan Keutuhan Tadbir Urus Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan menghadiri majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat Tekun Nasional Bersama SPRM di sini.

“Kalau ditugaskan nanti mereka tidaklah diletakkan secara terang-terangan… yang mengetahui mungkin antara saya, ketua setiausaha dan SPRM sahaja,” katanya.

Mengulas seminar integriti yang diadakan kali kedua oleh Tekun Nasional itu, Ismail Sabri berkata seminar seperti ini amat dialu-alukan kerana pegawai Tekun Nasional sememangnya terdedah dengan isu penyelewengan.

“Ini kerana mereka sendiri yang membuat kutipan pinjaman dan memasukkan wang kutipan ke dalam bank dan ini semua berada di luar pemantauan kita terutama mereka yang duduk di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata, dengan purata kutipan mencecah RM1 juta sehari dari seluruh negara, integriti yang tinggi dalam kalangan pegawai Tekun Nasional amat diperlukan dalam mengurus agensi pemudah pembiayaan modal perniagaan itu.

Agensi yang terbabit dengan penguakuatkuasaan seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Perikanan dan Jabatan Kawal Selia Padi Beras turut terdedah kepada aktiviti penyelewengan, katanya.

“Jadi agensi pengkuatkuasaan ini juga sepatutnya terbabit dengan seminar dan ikrar integriti korporat seperti yang dilakukan Tekun Nasional,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment