Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 12, 2014

No Comment

KAMI yakin anda kerap melihat iklan atau promosi produk oleh pihak-pihak tertentu di ruang komen akaun Instagram para selebriti.

Ada yang buat endah tak endah, namun ada juga yang bengang dengan iklan yang disifatkan sebagai mengganggu.

Pelakon Nabila Huda antara yang mengecam perbuatan pihak tersebut yang dianggapnya tidak beradap.

“Jangan salah guna dengan meninggalkan komen mengenai barangan jualan pada gambar yang saya muat naik. Itu tidak beradab,.

“Saya tidak ada masalah kalau mereka nak berniaga. Buka akaun dan buat promosi, bukan dengan cara murahan dan ganggu akaun milik orang lain,” ujarnya memetik Berita Harian.

Jika difikirkan, ada benarnya kata-kata Nabila itu. Letakkan diri anda di tempat mereka.

Kalau setiap gambar yang anda muatnaik hanya dipenuhi dengan iklan, tak mungkin anda akan berasa seronok.

Iyalah, harapkan orang komen mengenai gambar, tapi lain pula yang kita dapat…

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment