Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 9, 2014

No Comment

MARANG – Tiga daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Besut dan Kemaman kini dilengkapi dengan Unit Ronda Bermotosikal (URB) dalam usaha untuk memerangi kegiatan jenayah di daerah berkenaan dan Terengganu khasnya.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata URB yang dibekal dengan motosikal jenis Kawasaki Ninja 250cc itu akan digunakan bagi melakukan rondaan khususnya di kawasan perumahan.

Katanya sebagai perintis sebanyak 51 buah motosikal dibekalkan untuk mencegah jenayah pecah rumah di tiga daerah itu sebelum diperluaskan ke daerah lain.

“Pasukan ini diketuai seorang pegawai dan 16 anggota akan meronda di sekitar kawasan perumahan yang telah dikenal pasti selama 24 jam bagi mencegah kegiatan tersebut.

“Anggota URB bukan sahaja meronda malah mereka juga akan berinteraksi dengan penduduk setempat bagi mencegah kegiatan jenayah terutamanya jenayah pecah rumah,” katanya selepas melancarkan URB di sini hari ini.

Menurutnya dengan adanya URB ini ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap polis dalam mencegah jenayah dan masyarakat boleh memberikan maklum balas cepat mengenai sesuatu kejadian jenayah.

“Sebagai permulaan kita tempatkan tiga unit di daerah yang paling tinggi mencatatkan kadar jenayah pecah rumah dan selepas ini kita akan perluaskan di seluruh daerah,” katanya.

Selain motosikal Jamshah turut menyerahkan enam pacuan empat roda (4×4)masing-masing dua buah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

URB dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Dis 2012 dan buat permulaan, sebanyak 560 daripada 1,000 unit motosikal Kawasaki Ninja 250cc disediakan bagi program URB di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment