Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 12, 2014

No Comment

Sejak berita pernikahan mereka didedahkan pihak media, baik Syamsul Yusof mahupun Puteri Sarah Liyana tidak pernah memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu di mana-mana media.

Namun, menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Puteri Sarah, 29, mengakui dia tidak tertekan walaupun tarikh pernikahannya sudah semakin dekat.

Menurutnya lagi, persiapan menjelang hari bahagianya itu juga sudah hampir 60 peratus siap.

“Benar, kami akan bernikah pada 8 Mac ini. Buat masa ini, persiapan majlis itu banyak dibantu keluarga dan rakan,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul akan mengadakan majlis resepsi di sebelah pihak perempuan pada malam hari pernikahan bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Manakala, majlis sambut menantu pula akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment