New Mexico – `Tolong bantu anak saya,’ rayuan tersebut datangnya daripada seorang ibu yang mempunyai anak berusia 10 tahun yang sentiasa mengancam untuk membunuh dirinya sejak budak itu berusia empat tahun.
Menurut Jennifer Cristini, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Gianni selepas budak itu mula melemparkan barang-barang ketika dia hanya berusia 18 bulan.
Gianni yang merupakan anak angkatnya itu, telah dibawa untuk menjalani rawatan dan keadaan bertambah buruk apabila dia berusia empat tahun selepas mendapat ubat daripada seorang doktor.
“Mak, saya mahu bunuh diri. Saya tidak boleh menahannya lagi. Saya mahu mati. Saya mahu pergi ke dalam hutan dan bunuh diri. Boleh tak mak tinggalkan saya di tepi jalan,’’ kata Jennifer yang menceritakan bagaimana anaknya itu mengugut mahu bunuh diri.
Gianni juga menjerit dan mengadu ada benda di dalam kepalanya dengan kebanyakannya suara itu datang daripada barang mainannya.
Jennifer berkata, keadaan anaknya itu tidak bertambah baik meskipun pelbagai perubatan telah diambil.
Gianni menuntut di sekolah khas di Albuquerque yang ditubuhkan oleh seorang lagi ibu kepada anak yang mengalami penyakit bipolar.
Jennifer dan suaminya kini bimbang dengan nasib anak angkat mereka, Tizita, 5 dan Gabriella, 7, jika berdepan dengan Gianni.
“Gianni juga mengancam untuk membunuh kami dan akan mencari kami,’’ katanya yang memberitahu ancaman itu sering dilakukan Gianni hinggakan dia sendiri tidak mengetahui berapa kali menerima ancaman tersebut.
0 comments:
Post a Comment